X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Jawi Food Bank terima sumbangan RM100,000

Penyerahan replika cek disampaikan oleh Yujing (kiri) kepada Mohd Ajib sambil disaksikan Zulkifli.
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Republik Rakyat China ke Malaysia menyampaikan sumbangan RM100,000 bagi menyokong program Jawi Food Bank pada Rabu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, sumbangan terbabit adalah kali kedua daripada kedutaan itu setelah sumbangan sama berjumlah RM200,000 diterima pada Mei tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, sumbangan tersebut akan digunakan bagi menjayakan misi bantuan musaadah dan inisiatif Ramadan Prihatin melalui Jawi Food Bank.

"Manfaatnya sampai ke penerima daripada pelbagai lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan termasuk frontliners kesihatan dan keselamatan, B40, peniaga kecil, saudara baru serta ibu tunggal.

"Malah pemandu teksi dan bas sekolah, pemandu p-hailing dan e-hailing, gelandangan termasuk rakan bukan Islam juga turut dibantu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sesi penyampaian telah berlangsung di Hotel WP, Jalan Tun Razak pada Rabu oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing kepada Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jawi berkata, sehingga kini sebanyak RM3.3 juta telah disumbangkan menerusi program itu kepada masyarakat yang terkesan dengan Covid-19 dan golongan memerlukan khususnya di Wilayah Persekutuan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!