DBKL bayar tunggakan bil air PA Sri Kelantan

Sinar Harian melaporkan penduduk di tiga blok PA Sri Kelantan menghadapi gangguan bekalan air sejak petang Selasa selepas Air Selangor melakukan pemotongan.
Sinar Harian melaporkan penduduk di tiga blok PA Sri Kelantan menghadapi gangguan bekalan air sejak petang Selasa selepas Air Selangor melakukan pemotongan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius isu pemotongan bekalan air di Perumahan Awam (PA) Sri Kelantan yang dilaksanakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Unit Media DBKL berkata, pihaknya sedang menjalankan semakan dan siasatan mengenai jumlah bayaran bil air tertunggak di PA tersebut yang kini di bawah pengurusan berbeza iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan sebahagian masih di bawahnya.

"Begitupun, DBKL telah mengambil tindakan segera dengan menyelesaikan bayaran kepada Air Selangor bagi memastikan penduduk di sana terus mendapat bekalan air.

"Satu mesyuarat berkaitan jumlah bayaran bil air tertunggak akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pihak-pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, DBKL juga sedang mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan pemecahan meter secara individu.

"Ia bagi menyelesaikan isu tunggakan sedia ada memandangkan ketika ini ketiga-tiga blok PA ini menggunakan meter pukal," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggakan RM97,000, penduduk putus bekalan air

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan penduduk di tiga blok PA Sri Kelantan menghadapi gangguan bekalan air sejak petang Selasa selepas Air Selangor melakukan pemotongan susulan isu tunggakan didakwa mencecah RM97,000.

Artikel Berkaitan:

Blok A dan B diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) manakala Blok C masih diuruskan oleh DBKL dan kesemua blok di situ masih berkongsi satu akaun yang sama.