X

Kindly register in order to view this article
!

Dadah: Kumpulan umur 30-an paling ramai ditangkap

Kategori usia 30 hingga 34 tahun mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 33,323 individu pada tahun lalu.
A
A

[INFOGRAFIK] JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah mengeluarkan statistik berkaitan kes dadah sepanjang 2020 lalu.

Statistik merangkumi nilai rampasan,tangkapan dan usia suspek itu turut menyediakan sekali statistik suku pertama (S1) 2021 bermula dari Januari hingga Mac sebagai perbandingan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, sebanyak 309 sindiket berkaitan dadah berjaya ditumpaskan pada tahun lalu.

“Hasil kejayaan tersebut menyaksikan pihak kami berjaya menahan seramai 1,537 individu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Bagi tangkapan kes direkodkan pula, beliau berkata, sebanyak 121,828 kes berkaitan dadah direkodkan sepanjang tahun lalu melibatkan 146,045 tangkapan.

Bagi S1 2021 pula, kes melibatkan sindiket ditumpaskan mencatatkan 29 peratus dan individu ditahan (27 peratus) daripada kes 2020.

Sementara bagi kes direkodkan dan individu yang ditahan pula, masing-masing mencatatkan jumlah sama iaitu 22 peratus.

Razarudin mendedahkan, usia antara 30 - 34 tahun mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 33,323 individu dan diikuti 41 tahun dan ke atas (31,944).

Tangkapan seterusnya diikuti oleh usia 24 tahun dan ke bawah (27,191),35 - 40 tahun (27,110) dan 25 - 29 tahun (26,477).

Peratusan dicatatkan untuk S1 2021 bagi tangkapan mengikut usia didahului oleh 25 - 29 tahun iaitu sebanyak 100 peratus daripada kes tahun lalu.

Ia dikkuti oleh 24 tahun dan ke bawah (51 peratus), 41 tahun dan ke atas (24 peratus), 35 - 40 tahun (23 peratus) dan 30 - 34 tahun (17 peratus).

Dalam pada itu, Razarudin berkata, sebanyak RM454.9 juta dadah dan ketum dirampas sepanjang tahun lalu.

“Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah sebanyak 14,186 kilogram (kg), cecair dadah (17,741 liter),daun ketum (291,270kg) dan air ketum (75,523 liter)," katanya.

Pada tahun ini, nilai rampasan dadah dan ketum untuk S1 mencecah RM343.58 atau 75 peratus daripada nilai rampasan tahun lalu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!