Kes hina Rasulullah: Jaga sensitiviti agama lain

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pengguna Facebook bernama Foo Sing Wai menyiarkan grafik menghina Rasulullah SAW dan agama Islam khususnya.

"Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

"Malaysia Baharu tidak memerlukan perbalahan antara mana-mana kaum, bangsa atau agama," kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, paparan status Facebook itu tular dan mengundang kemarahan orang ramai khususnya masyarakat Islam.

Malah, ramai yang menggesa agar SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan.

Bagaimanapun, carian di Facebook mendapati hantaran tersebut tidak dijumpai dipercayai telah dipadamkan.

Artikel Berkaitan: