Manchester City resah sentuhan pemusnah duo PSG

Neymar (kiri) dan Mbappe senjata terbaik PSG berdepan Manchester City awal pagi ini.
Neymar (kiri) dan Mbappe senjata terbaik PSG berdepan Manchester City awal pagi ini.
A
A
A

DUA penyerang berbisa Paris Saint-Germain (PSG) - Neymar dan Kylian Mbappe mampu menjadi igauan ngeri buat Manchester City dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Le Parc des Princes awal pagi Khamis ini.

Malah, pengendali City, Pep Guardiola turut mengakui The Citizens bakal berdepan ujian sukar untuk mencipta kejutan di gelanggang keramat PSG itu memandangkan lawan mereka memiliki duo penggempur cukup prolifik.

“Hampir mustahil untuk mengawal mereka sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Bukan sahaja Neymar dan Kylian tetapi setiap pemain PSG memiliki kualiti mereka yang tersendiri.

“Jadi saya dapat jangkakan ia bukan satu perlawanan yang mudah. Mereka cukup efektif di setiap posisi dan kami harus fokus dalam setiap minit jika tidak mahu dikecewakan di gelanggang lawan.

“Tetapi ini adalah aksi separuh akhir Liga Juara-Juara, jika anda bermain menentang Chelsea, Real Madrid, atau mana-mana pasukan sekalipun, tahap kesukarannya tetap sama,” katanya.

Selepas pertembungan di Paris, City bakal melayan kunjungan kelab gergasi Perancis itu yang juga finalis musim lalu dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Etihad pada 5 Mei ini.

Artikel Berkaitan: