JIKSOO Ria penapis air mampu milik, jimat tenaga elektrik

Kyung Won bergambar bersama selebriti dan influencer Malaysia sempena Majlis Riang Raya Bersama JIKSOO Ria pada Rabu.
Kyung Won bergambar bersama selebriti dan influencer Malaysia sempena Majlis Riang Raya Bersama JIKSOO Ria pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - SK magic, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan melancarkan JIKSOO Ria iaitu penapis air tanpa tangki terbaharunya yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dengan kadar sewa hanya RM75 sebulan.

Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won, berkata, JIKSOO Ria ditawarkan pada harga mampu milik bagi mendorong rakyat Malaysia mengambil berat tentang air minuman mereka dan berhenti minum dari air sumber bertakung yang merupakan kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki.

Menurutnya, ia didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat,di samping membolehkan mineral-mineral penting melaluinya.

“Kami sentiasa mencabar diri dan menginovasi demi mencari ikhtiar dalam memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup sihat dan berkualiti.

"Dengan cabaran yang kita hadapi sejak setahun lalu, kami ingin memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki.

"Kami melancarkan JIKSOO Ria sempena raya ini bagi membawa kebahagiaan ke rumah semua rakyat Malaysia dengan membudayakan gaya hidup sihat menerusi air minuman yang bersih lagi segar,” katanya sempena Majlis Riang Raya Bersama JIKSOO Ria oleh SK Magic di sini pada Rabu.

Beliau berkata, JIKSOO Ria dijual pada harga RM3,800 menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah iaitu hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari sama dengan 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik.

Katanya, ia sekali gus mengukuhkan kedudukan JIKSOO Ria sebagai pilihan alternatif penapis air yang mampu dimiliki di pasaran.

Artikel Berkaitan:

"Reka bentuknya yang anggun serta minimalis bukan sahaja membolehkannya sepadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah," katanya.