Muhyiddin berbuka puasa bersama Jemaah Menteri

Muhyiddin mengaminkan doa yang disampaikan oleh Imam Masjid Putra Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi selepas solat Isyak pada Majlis Berbuka Puasa bersama Jemaah Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
 - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di sini.

Muhyiddin tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada jam 7.05 petang bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara yang hadir ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Muhyiddin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim. - Bernama

Artikel Berkaitan: