Johor tidak lanjutkan waktu operasi bazar Aidilfitri

Ayub (tengah) menyantuni peniaga-peniaga bazaar ramadhan ketika hadir di Bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti Skudai hari ini. - Foto Bernama
Ayub (tengah) menyantuni peniaga-peniaga bazaar ramadhan ketika hadir di Bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti Skudai hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan terus mengekalkan tempoh operasi bazar Aidilfitri yang dilaksanakan ketika ini sehingga ke malam yang terakhir bagi mengekang penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Ayub Jamil berkata, tempoh operasi yang dibenarkan ketika ini adalah memadai, cukup untuk membantu peniaga, dan kerajaan tiada cadangan untuk melanjutkannya.

Beliau berkata, para peniaga pasti akan membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh operasi terutama menjelang malam raya bagi membolehkan mereka membuat jualan lelong, namun ia dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“... mungkin ada yang nak sampai pukul 3 pagi tetapi setakat hari ini, kerajaan negeri memutuskan sampai pukul 12 malam sahaja kerana kita tak nak berlaku kesesakan yang berlebihan sehingga tidak ikut SOP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Bazar Ramadan di Taman Universiti di sini pada Rabu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas mengumumkan bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenar beroperasi hingga pukul 2 pagi berbanding 12 tengah malam sebelum ini, berkuat kuasa Sabtu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: