16 kanak-kanak cedera ditikam dalam serangan di tadika

Polis telah menahan suspek yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun. - Foto Reuters
Polis telah menahan suspek yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun. - Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Seorang yang tidak dikenali menyerang sebuah tadika dengan pisau di wilayah autonomi Guangxi selatan China, menyebabkan 16 kanak-kanak dan dua guru cedera, lapor Sputnik, memetik laporan China Central Television pada Rabu.

Kejadian itu berlaku di bandar Beiliu sekitar pukul 2 petang waktu tempatan (06:00 GMT).

Dua kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal.

Polis telah menahan suspek, yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: