Polis kesan lelaki gila seks berbasikal

Suspek lelaki berbasikal berlegar-legar di lokasi sebekum mendekati kereta seorang jurujual wanita dan menggosok-gosok seluarnya di Taman Limau Manis, Kota Bharu pada Rabu.
Suspek lelaki berbasikal berlegar-legar di lokasi sebekum mendekati kereta seorang jurujual wanita dan menggosok-gosok seluarnya di Taman Limau Manis, Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis mengesan seorang lelaki berbasikal yang dipercayai gila seks kerana melakukan kelucahan terhadap seorang wanita di Taman Limau Manis, di sini pada Selasa.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun meletakkan kereta di tepi jalan pada jam 9.25 pagi untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang berada di dalam kereta dihampiri suspek yang menunggang basikal.

“Mangsa yang menyangkakan suspek orang kurang upaya (OKU) pengemis kemudian memberikan wang RM1 kepada suspek.

“Menurut mangsa, suspek bagaimanapun bertindak membuka zip seluarnya dan menunjukkan aksi menggosok kemaluannya di hadapan mangsa yang berada di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Rakaman perbuatan suspek turut tular di media sosial memaparkan lelaki berbaju T berwarna hijau berlegar-legar di lokasi mencari peluang mendekati kereta mangsa.
Rakaman perbuatan suspek turut tular di media sosial memaparkan lelaki berbaju T berwarna hijau berlegar-legar di lokasi mencari peluang mendekati kereta mangsa.

Beliau berkata, terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang merakam perbuatan suspek.

“Usaha mengesan suspek dijalankan polis bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kelucahan dan mengaibkan,” katanya.

Sementara itu, rakaman perbuatan suspek turut tular di media sosial memaparkan lelaki berbaju T berwarna hijau berlegar-legar di lokasi mencari peluang mendekati kereta mangsa.

Mangsa yang turun dari kereta tiba-tiba dikejar oleh suspek sehingga ke simpang tiga namun kehadiran sebuah kereta Perodua MyVi yang membuka tingkap bahagian pemandu menyelamatkan mangsa daripada kejadian lebih teruk.

Lokasi kejadian sama dengan kes kejadian lelaki bermotosikal berbaju coklat yang mencabul wanita dengan memegang punggung mangsa.