Polis Melaka sahkan pegawainya ditahan

Abdul Majid (kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya pada Program Pengedaran Bubur Lambuk kepada Masyarakat Sempena Sambutan Hari Polis ke-214 di Melaka pada Rabu. - Foto Bernama
Abdul Majid (kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya pada Program Pengedaran Bubur Lambuk kepada Masyarakat Sempena Sambutan Hari Polis ke-214 di Melaka pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka mengesahkan seorang pegawainya yang berpangkat Deputi Superintendan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis Johor bagi membantu siasatan lanjut kerana beliau tidak akan berkompromi dengan anggota atau pegawai yang terlibat dengan kumpulan jenayah terancang itu.

"Saya sebagai Ketua Polis Melaka tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang bertugas di Melaka sama ada terlibat dalam sindiket jenayah atau rentas sempadan.

"Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap apa juga siasatan yang melibatkan pegawai dan anggota di kontinjen ini," katanya kepada pemberita selepas Program Pengedaran Bubur Lambuk kepada Masyarakat Sempena Sambutan Hari Polis ke-214 di sini pada Rabu.

Abdul Majid bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai penahanan pegawai berumur 43 tahun daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Melaka Tengah itu kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa polis Johor. - Bernama

Artikel Berkaitan: