Tiga peniaga kena kompaun kemuka rayuan

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menerima rayuan daripada tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Ahad lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, tiga rayuan itu membabitkan peniaga burger, peniaga colek dan pekedai runcit.

"Kita setakat ini menerima rayuan daripada ketiga-tiga kes terbabit yang masing-masing dikenakan kompaun RM50,000 setiap seorang.

"Pejabat Kesihatan sedang dalam proses untuk mengemukakan fakta kes kepada Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya akan memanggil semua pemilik premis yang dikenakan kompaun termasuk seorang peniaga burger yang diberi notis kompaun RM50,000 sehingga tular di media sosial.

Shafien berkata, tujuan memanggil pemilik-pemilik premis berkenaan ialah untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan di bawahnya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya kena berhutang untuk bayar kompaun RM50,000 itu'

Artikel Berkaitan:

Peniaga colek pula dikompaun RM50,000

Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000