Ketulenan sijil universiti tidak boleh ditiru

DR NOOR AZLY
DR NOOR AZLY
A
A
A

SESUATU sijil akademik dari universiti di negara ini tidak boleh ditiru 100 peratus ciri ketulenannya kerana setiap sijil akademik institusi pendidikan mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu.

Pensyarah Kanan, Teknologi Pencetakan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Azly Mohamed Ali berkata, sijil akademik berkenaan masih boleh dikesan palsu oleh majikan sekiranya mereka meneliti mengenai ciri sijil akademik yang tulen.

"Ciri-ciri sijil dikeluarkan universiti dari masa ke masa telah ditingkatkan kawalan keselamatannya membabitkan soal kod maklum balas pantas (QR code), seni reka keselamatan khas, kertas keselamatan dan dakwat khas.

"Untuk meniru 100 peratus sijil tulen dari mana-mana universiti perlukan kos agak besar kerana babitkan peralatan dan kertas berkualiti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Biarpun kecoh, ijazah palsu masih dijual di Internet

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil palsu: 30 hingga 40 kes direkod sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Undang-undang kawal ijazah palsu masih lemah

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil palsu: Cemar profesionalisme individu intelek

Artikel Berkaitan:


ARTIKEL BERKAITAN: Sijil palsu: Bimbang warga asing ambil kesempatan