5,843 penjawat awam Negeri Sembilan dapat 'bonus raya'

Aminuddin Harun - Foto Fail Bernama
Aminuddin Harun - Foto Fail Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan seramai 5,843 penjawat awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Menurutnya, pembayaran akan dibuat pada 3 Mei ini dan ia melibatkan jumlah keseluruhan RM9.9 juta.

"Hampir sebahagian besar penjawat awam di Negeri Sembilan adalah golongan B40.

"Kita berharap dengan bantuan diberi ini dapat meningkatkan lagi komitmen dan kesungguhan mereka untuk beri perkhidmatan terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Beliau berkata, ia juga bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi yang serba mencabar ini.

Artikel Berkaitan: