X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Dividen 2018 yang tinggi buktikan KWSP serba boleh

A
A

KUALA LUMPUR - Kadar dividen 6.15 peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2018 bagi simpanan konvensional, merupakan pencapaian yang mengagumkan, yang tidak dapat dicapai oleh kebanyakan syarikat, kata Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Pengurus kanan dana itu berkata KWSP merupakan firma dana serba bolah yang berjaya, dan mampu menahan cabaran yang berlaku di dalam dan di luar negara, walaupun persekitaran pasaran yang turun naik dan memaksa pelabur berfikir panjang untuk membuat keuntungan.

“Kita perlu faham bahawa ekonomi kita semakin stabil, oleh itu apabila KWSP mampu membayar lebih lima peratus, ini membuktikan KWSP terus menjadi rumah dana yang serba boleh.

“Saya puji KWSP kerana dapat memberikan pendapatan yang stabil,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi telefon.

Nazri Khan berkata prestasi KWSP lebih baik berbanding firma unit amanah yang lain, kebanyakannya beliau sifatkan mencatat pulangan yang negatif.

“KWSP sangat bijak dalam melaksanakan kepelbagaian. mereka tahu untuk mengilirkan wang, sebagai contoh apabila prestasi aset antarabangsanya tidak menarik, mereka beralih kepada hartanah, dan kembali kepada ekuiti tempatan,” katanya.

Untuk masa hadapan, Nazri Khan menyuarakan harapan KWSP mempunyai kawalan risiko yang lebih baik ke atas aset bukan terasnya memandangkan dana simpanan asing itu kini beralih tumpuan kepada aset bukan tradisi seperti hartanah dan ekuiti swasta.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!