Papagomo direman tiga hari

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo direman tiga hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, perintah reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kajang itu bagi menyiapkan kertas siasatan berhubung kes Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa dikasari selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih, Sabtu lalu.

"Manakala seorang lagi individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu sudah dibebaskan dan setakat ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Papagomo ditahan, akan fail saman fitnah terhadap Syed Saddiq

Orang ramai yang mempunyai bukti rakaman video berhubung kes itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatang kecederaan dan merusuh.

Terdahulu, Syed Saddiq mendakwa beliau dicaci dan dimaki oleh sekumpulan penyokong yang memakai baju BN semasa berjalan ke tempat letak kereta kira-kira jam11.05 pagi, selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka, di sini.

Syed Saddiq mendakwa, beliau ditolak dari semua sudut oleh kumpulan berkenaan sebelum beberapa pegawai polis dan sukarelawan Unit Amal (Pas) menyelamatkannya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, seorang lelaki dilaporkan berlari menuju ke arah Syed Saddiq sebelum menerjah dan mencekak leher Ahli Parlimen Muar itu.

Lelaki berkenaan kemudian ditolak ke belakang oleh pihak polis bagi meleraikan keadaan.