Kaji semula penggunaan vaksin AstraZeneca

Tan Chen Choon
Tan Chen Choon
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu memandang serius kebimbangan masyarakat terhadap penggunaan vaksin jenis AstraZeneca dalam Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan.

Naib Pengerusi DAP Johor Tan Chen Choon berkata, kerajaan perlu mengambil kira keraguan orang ramai terhadap keselamatan dan keberkesanan penggunaan vaksin jenis AstraZeneca.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jementah menyeru kerajaan mengkaji semula vaksin tersebut sebelum ia digunapakai dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Baru-baru ini, saya menerima aduan daripada warga Jementah terutama warga emas yang bakal menerima suntikan vaksin tentang keselamatan dan kesan sampingan vaksin Covid-19.

"Disebabkan jenis vaksin Covid-19 telah ditentukan oleh kerajaan dan rakyat tidak berhak untuk memilih jenisnya, ramai yang memberitahu saya bahawa mereka berkemungkinan tidak hadir ke temu janji vaksinasi dalam keadaan ketidaktentuan dan keraguan ini.

"Dibimbangi hasrat komuniti kelompok vaksinasi sukar dicapai jika situasi kebimbangan ini berterusan berlaku dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Chen Choon, banyak negara di Eropah memberhentikan sementara penggunaan vaksin tersebut termasuk Thailand selain Amerika Syarikat dan Afrika Selatan juga belum meluluskan penggunaan vaksin tersebut.

Langkah itu diambil meskipun European Medicines Agency (EMA) telah mengemaskini senarai kesan sampingan yang ditimbulkan oleh vaksin Covid-19 jenis Astra Zeneca di mana ujian klinikal mendapati manfaat kebaikan vaksin tersebut jauh lebih tinggi daripada keburukan serta risikonya.

Artikel Berkaitan: