Syarikat didenda RM17,500 akibat tiada perakuan bomba

Muhammad Zaharul (dua dari kiri) ketika menghadiri perbicaraan sebuah kilang tidak memiliki perakuan bomba di Mahkamah Majistret di Jitra pada Rabu.
Muhammad Zaharul (dua dari kiri) ketika menghadiri perbicaraan sebuah kilang tidak memiliki perakuan bomba di Mahkamah Majistret di Jitra pada Rabu.
A
A
A

JITRA - Sebuah kilang didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas kesalahan tidak memiliki perakuan bomba.

Syarikat Nichias FGS Sdn Bhd yang diwakili peguam, Datuk Dr Aswadi Mohd Hashim membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat berkenaan didakwa tiada perakuan bomba berkuat kuasa di bawah Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Dalam pertuduhan kedua, syarikat tersebut didakwa melakukan perubahan keadaan premis semasa tempoh perakuan bomba berkuat kuasa Seksyen 32(5) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Pegawai Bomba Muhammad Zaharul Asyraf Zaharin.

Muhammad Zaharul berkata, penguatkuasaan berkaitan perakuan bomba sedang giat dijalankan dan premis melanggar Akta Perkhidmatan Bomba akan didakwa.

Artikel Berkaitan: