X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Yayasan Nur hulur sumbangan bantu 13 beranak hidup daif

Sebahagian sumbangan diterima Kalaivani daripada Yayasan Nur Karangkraf dan orang ramai.
A
A

KLANG - Kisah 13 beranak yang hidup daif di Bukit Kapar di sini mendapat perhatian Yayasan Nur Karangkraf Malaysia (Yayasan Nur) yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Setiausaha Kehormat Yayasan Nur, Zuwita Kamaruzaman berkata, kisah keluarga berkenaan tular di media sosial dan mendapat perhatian pihaknya.

Menurutnya, Yayasan Nur menghulurkan bantuan termasuk barangan makanan, wang tunai dan peralatan untuk menjalankan perniagaan.

“Keluarga berkenaan turut mendapat sumbangan pakaian dan beberapa peralatan memasak hasil sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada wakil Yayasan Nur.

“Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut dan menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas ini,” katanya.

Sumbangan peralatan dan wang tunai berkenaan disampaikan wakil Yayasan Nur, Nur Farhana Abdul Manan di rumah keluarga berkenaan pada Selasa.

Sementara itu, V Kalaivani,3 8, ketika ditemui Sinar Harian terharu dengan sumbangan itu.

Katanya, sebelum ini dia berniaga nasi lemak menggunakan payung yang dipinjamkan daripada jiran yang tinggal berdekatan perumahan yang didiaminya manakala meja meletakkan barang jualan pula dibeli di kedai barang lusuh dengan harga RM15.

“Sebelum ini saya menggunakan meja buruk dan payung yang saya pinjam untuk berniaga. Sumbangan barangan ini (payung, meja, kerusi, alat pengisar makanan) sudah cukup untuk saya berusaha bagi memberi makan 11 anak yang berusia dua hingga 17 tahun.

“Terima kasih kepada pihak yayasan dan semua yang menyumbang,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang bermurah hati untuk membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 162067646088 atas nama Kalaivani.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!