Pelakon Sari Yanti keguguran

No Image Caption
A
A
A

PELAKON popular, Sari Yanti dikhabarkan mengalami keguguran setelah kandungan mencecah usia tiga bulan.

Perkhabaran sedih itu dimuat naik di Instagram suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Jep Sepahtu hari ini.

Katanya, perkara itu disahkan setelah membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

No Image Caption

"Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.

"Adik Eya sudah nak masuk tiga bulan dah. Sekali masa 'check up' doctor beritahu adik Eya tak bergerak lagi. Doakan mama Eya selamat membuat pembedahan hari ini ya," katanya.

Warganet yang menerima berita itu nyata simpati dan menzahirkan ucapan takziah.

Pemilik akaun dnu2711 dalam ruagan komen menulis, "Semoga terus tabah. Insya-ALLAH ada rezeki lebih baik lepas ini. Amin".

Artikel Berkaitan:

Kata, aleezaeddy," Anak di taman syurga... Doakan ibu Eya terus sihat dan diberikan kekuatan Amin...".

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dariya Inara.