Penguat kuasa kompaun peniaga burger perlu minta maaf

Che Ibrahim Mohamed
Che Ibrahim Mohamed
A
A
A

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan mahu pihak berkuasa yang terlibat dalam mengeluarkan kompaun tidak masuk akal berjumlah RM50,000 beberapa hari lalu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peniaga yang terlibat.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, jumlah kompaun tersebut adalah satu kekhilafan dan di luar daripada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Mengikut Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Akta 342, seseorang pemegang lesen yang gagal mematuhi waktu operasi premis boleh dikenakan kompaun sehingga RM2,000 bagi individu dan sehingga RM10,000 bagi perbadanan.

“Kesilapan pegawai bertugas menulis jumlah kompaun sehingga RM50,000 bagi kesalahan tersebut telah menimbulkan keresahan dan menganggu emosi bukan sahaja mangsa yang kena saman, tapi masyarakat keseluruhannya. Oleh itu kerajaan wajar memohon maaf atas kesilapan tersebut,” katanya satu kenyataan di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang peniaga burger terkilan apabila dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, di sini pada Ahad.

Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.

Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.

Artikel Berkaitan: