Tubuhkan pasukan elit hapus super kartel rokok seludup

The Untouchables adalah filem Amerika Syarikat diterbitkan pada 1987 yang diarahkan oleh Brian De Palma dengan Art Linson sebagai produser
The Untouchables adalah filem Amerika Syarikat diterbitkan pada 1987 yang diarahkan oleh Brian De Palma dengan Art Linson sebagai produser
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menubuhkan satu pasukan elit yang memelihara nilai-nilai integriti, keberanian dan ketinggian moral yang kritikal bagi mengatasi super kartel penyeludupan rokok, kata bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook.

Komen Yusoff itu susulan laporan mengenai empat pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di mahkamah atas tuduhan melepaskan dua kontena mengandungi rokok seludup yang dirampas.

Beliau berkata, ini adalah kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang membuktikan betapa mendalamnya penyusupan jenayah di dalam agensi penguatkuasaan undang-undang kita yang telah melonjakkan Malaysia menjadi negara No.1 pengedar rokok seludup di dunia.

"Masalah endemik ini bukan sahaja boleh diatasi jika kita memiliki pasukan elit seperti The Untouchables mengetuai Pasukan Petugas Pelbagai Agenci (MATF) yang telah digerakkan

bagi menangani permasalahan perdagangan rokok seludup,” kata beliau, merujuk kepada filem klasik The Untouchables terbitan 1987 lakonan Kevin Costner dan Sean Connery.

Bekas Ketua Polis Sarawak itu turut mengesahkan bahawa perniagaan rokok seludup pada masa kini dibantu oleh super kartel membabitkan orang berkedudukan tinggi dari sektor awam dan swasta.

“Malaysia kerugian RM5 bilion setiap tahun dari segi hasil cukai yang tidak dikutip akibat jenayah ekonomi ini. Jika masalah ini dapat ditangani awal dulu, Kerajaan tidak perlu menggunakan jumlah wang sebegitu besar dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membiaya program vaksinasi kita,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Yusoff Nook
Yusoff Nook

Untuk membolehkan penubuhan The Untouchables Malaysia, Yusoff berkata, adalah penting untuk melantik pegawai di dalam MATF dengan individu yang mempunyai perwatakan betul, rekod perkhidmatan dan set kemahiran yang diperlukan.

“Individu seperti Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Abdul Hamid Bador, atau pegawainya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay iaitu Ketua Polis Johor, adalah contoh utama mereka yang

berani menentang arus dan melakukan apa yang diperlukan demi kedaulatan negara kita,” katanya.

Pasukan The Untouchables dalam MATF katanya, tidak boleh beroperasi di luar atas undang-undang tetapi boleh melaksanakan tanggungjawab mereka menggunakan pendekatan di luar

kotak, menggunapakai teknologi canggih dan teknik yang ada di dalam pasukan penguatkuasaan moden hari ini.

"Pendekatan ini akan membolehkan MATF mencapai kejayaan besar lebih daripada apa yang ada sehingga kini, untuk menutup perdagangan rokok seludup sehabis-habisnya,” ujar beliau.

The Untouchables adalah filem Amerika Syarikat diterbitkan pada 1987 yang diarahkan oleh Brian De Palma dengan Art Linson sebagai produser.

Filem ini dibintangi Kevin Costner, Charles Martin Smith, Andy García, Robert De Niro, dan Sean Connery, yang menyelusuri watak Eliot Ness (lakonan Costner) yang membentuk pasukan The Untouchables untuk mengheret Al Capone (De Niro) ke muka pengadilan semasa era Larangan Meminum Arak di Amerika Syarikat.