Sultan Johor guna kayu pengacau khas masak bubur lambuk

Sultan Ibrahim memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat termasuk pesakit-pesakit kanser sempena bulan Ramadan ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat termasuk pesakit-pesakit kanser sempena bulan Ramadan ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meluangkan masa hampir sejam memasak bubur lambuk bersama kakitangan Istana Johor.

Menerusi hantaran dan gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah bubur lambuk berkenaan akan diedarkan kepada rakyat hari ini (Rabu).

"Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah baginda.

Bubur lambuk dari Istana Johor hari ini cukup istimewa apabila Sultan Ibrahim menggunakan kayu pengacau ‘khas’ bagi menyediakan juadah berkenaan.

Pengacau berkenaan yang diperbuat daripada kayu giam dan turut dilengkapi hiasan ‘epoxy resin’ khas logo Sultan Ibrahim tahun 2021 dibuat oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing.

Sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor akan disampaikan kepada pesakit-pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala 1,100 paket lagi akan disampaikan kepada rakyat di daerah Kluang.

Artikel Berkaitan: