X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki dikhuatiri lemas, lori terjunam dalam sungai

Mangsa dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai. - Gambar hiasan.
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai, dalam kejadian berhampiran sebuah kilang gula di Kampung Manis di sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Kimisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 7.10 malam.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berkenaan, lori tipper 10 tan diparkir di situ sebelum mangsa yang dikenal pasti sebagai K Palaniappan, 66, datang dan menaiki lori itu yang kemudian bergerak dan terus terjunam ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh pihak bomba gagal menemukan mangsa di dalam lori berkenaan, dan dipercayai lelaki tersebut telah tercampak keluar serta dihanyutkan arus.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, operasi SAR diteruskan pagi ini dengan disertai oleh Pasukan Penyelamat di Air. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!