Vivo lancar siri telefon pintar V21

Mike Xu (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran siri telefon pintar Vivo V21 pada Selasa.
Mike Xu (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran siri telefon pintar Vivo V21 pada Selasa.
A
A
A

JENAMA telefon pintar terkemuka, Vivo melancarkan siri telefon pintar V21di mana secara rasmi menjadikan imej telefon pintar siri tersebut bertaraf profesional dan boleh diakses oleh semua pengguna.

Didatangkan dengan dua model iaitu V21 dan V21e, siri tersebut dihadirkan bersama kamera hadapan 44MP dengan penstabilan imej optik (OIS) bagi mewujudkan sinergi antara perisian dan perkakasan.

Ia membolehkan pengguna merakam swafoto lebih jelas serta video berkualiti tinggi pada bila-bila masa.

Peranti yang memasuki pasaran tempatan pada 27 April dijual pada harga mampu milik iaitu pada tanda harga RM1,599 dengan dua pilihan warna, ‘Dusk Blue’ dan ‘Sunset Dazzle’ bagi model V21, manakala bagi V21e didatangkan dengan warna ‘Roman Black’ dan ‘Diamond Flare’ pada tanda harga RM1,299.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, Vivo menawarkan pengalaman mudah alih yang terbaik kepada para pengguna dengan barisan produk disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna.

“Oleh itu, siri V21 telah diperkenalkan sebagai jawapan bagi para pelanggan yang inginkan sebuah peranti kaya dengan ciri-ciri kefungsian serta mudah untuk diakses, dan kamera hadapan OIS kami menjadi penanda aras kemajuan radikal bagi teknologi kamera hadapan, melengkapi telefon pintar pada masa akan datang.

Harga telefon pintar Vivo V21.
Harga telefon pintar Vivo V21.

“Kamera hadapan OIS di dalam V21 yang hadir dengan lampu sorot swafoto (selfie spotlight) berkuasa tinggi, reka bentuk serba rapi dan pengalaman kepenggunaan bertaraf tinggi mampu membantu pengguna menyerlahkan diri mereka seperti diinginkan secara maya mahupun fizikal,” katanya pada pelancaran siri Vivo V21 pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Selain didatangkan dengan teknologi swafoto yang canggih, siri V21 turut dikuasakan oleh cip pemprosesan Antutu Mark MTK Dimensity 800U2, manakala V21e dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 720G di mana kedua-duanya memuatkan 8GB RAM dan 128GB ROM.

Ditambah dengan cip pemproses teras 2.4Ghz yang melengkapi V21 dan V21e, membolehkan aplikasi peranti tersebut dibuka dengan lebih cepat, serta hadir dengan ‘refresh rate’ yang tinggi untuk membolehkan pengguna melihat pergerakan pada kaca skrin dengan lebih jelas, selain menikmati pengalaman permainan video yang lebih bagus.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan kedua-dua varian siri vivo V21, tempahan telah dibuka sehingga 4 Mei 2021.

Pembelian awal akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM699 merangkumi jaminan tambahan satu tahun serta jaminan daripada skrin retak selama satu tahun.