Kenapa usik duit KWAN?

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

HEBOHLAH rakyat oleh sebab kerajaan nak guna duit Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Menteri Kewangan umum nak guna RM5 bilion duit itu untuk beli vaksin. Ada yang kata tindakan itu tak wajar. Ia bertentangan dengan matlamat dan semangat wujudnya KWAN.

Akta KWAN diluluskan di Dewan Rakyat pada tahun 1987. KWAN bertujuan kumpul dana untuk kegunaan ‘di masa hujan’. KWAN jadi tabung yang digunakan hanya bila perlu.

Jadi apabila Menteri Kewangan nak guna duit KWAN untuk beli vaksin, orang ramai mula bertanya. Wajarkah tindakan itu? Apakah kerajaan dalam keadaan kewangan yang begitu parah hingga tabung simpanan hari susah pun nak digunakan?

Ada yang kata tabung masa depan ini hendak ‘dijarah’. Menteri Kewangan pun bagi macam-macam alasan mengapa duit yang sebahagian besarnya dari hasil petroleum dan hasil bumi itu nak digunakan. Dia salahkan kerajaan yang terdahulu, hutang yang ditinggalkan dan kes 1MDB.

Pada pendapat Awang tidak ada sebab duit KWAN patut diusik. Dah banyak kali hal ini berlaku. Dulu ada tuduhan bahawa duit Tabung Haji, duit Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), duit Tabung Angkatan Tentera dan macam-macam lagi dah disalahgunakan dan kesannya amat teruk.

Biarlah KWAN kekal untuk tujuan kecemasan masa depan. Ini simpanan untuk anak cucu kita. Bukan macam tabung ayam yang dipecahkan apabila keadaan terdesak. Melainkan kerajaan betul-betul ada krisis hingga nak beli vaksin untuk rakyat pun dah habis duit.

Artikel Berkaitan: