KPLB pertimbang pengurusan JAKOA sebagai frontliner

Juli Edo (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abdul Rahman (empat dari kanan) di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKOA Tahun 2020 dan Majlis Khidmat Bakti Tahun 2020 dan 2021 di Hotel Premiera pada Selasa
Juli Edo (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abdul Rahman (empat dari kanan) di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKOA Tahun 2020 dan Majlis Khidmat Bakti Tahun 2020 dan 2021 di Hotel Premiera pada Selasa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengangkat permohonan untuk mempertimbangkan pengurusan dan barisan hadapan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai frontliner bagi masyarakat Orang Asli.

Timbalan Menteri 1, KPLB, Datuk Abdul Rahman Abdul Mohamad berkata, ia berikutan peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh JAKOA hampir menyerupai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kalau kita melihat dari segi JKM sendiri, mereka telah diikftiraf sebagai frontliner. Tetapi itu kepada masyarakat yang memerlukan, golongan susah dan miskin.

"Tetapi dari segi kita sebenarnya angka kita begitu ramai untuk jadi frontliner dimana kita mempunyai lebih kurang 250,000 masyarakat Orang Asli yang kita perlu jaga sehingga ke hari ini.

"Maka selayaknya mereka (JAKOA) ini menjadi frontliner kepada masyarakat orang asli sama kawasan orang asli yang telah berjaya ataupun yang masih belum berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKOA Tahun 2020 dan Majlis Khidmat Bakti Tahun 2020 dan 2021 di Hotel Premiera di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pengarah JAKOA, Profesor Dr Juli Edo dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Mohd Zamri Mustajap.

Jelasnya, peranan barisan hadapan JAKOA sangat berkesan dalam usaha memperluaskan inisiatif kerajaan dalam pemerkasaan kempen penerimaan vaksin Covid-19 dengan pendekatan secara bersemuka bersama masyarakat orang asli.

Artikel Berkaitan:

"Seperti yang kita tahu pandemik Covid-19 masih lagi melanda dan masih meningkat pada ketika ini. Kakitangan kita ini amat penting kerana mereka ini akan menasihati orang asli untuk mengambil vaksin daripada jangkitan Covid -19.

"Saya tidak percaya kalau orang lain boleh masuk ke kawasan orang asli dan boleh mempengaruhi mereka supaya mendapatkan suntikan vaksin itu sendiri.

"Ini yang saya katakan sebagai kita frontliner sebab kita nak ke hadapan dengan angka yang besar sebenarnya. Kita nak supaya masyarakat orang asli ini semua disuntik dengan vaksin itu sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menyeru kepada masyarakat orang asli di seluruh negara supaya mendaftar pengambilan vaksin Covid-19 yang giat dijalankan oleh pihak kerajaan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurutnya, bilangan permohonan pengambilan vaksin Covid-19 bagi masyarakat orang asli telah mencecah lebih kurang 60,000 orang tetapi JAKOA

"Mungkin mereka hanya mendaftar sahaja tetapi bila sampai masa untuk suntikan ini, mungkin mereka tidak keluar.

"Sebab itu saya kata kita frontliner supaya kita nak ke depan supaya bawak mereka ini keluar untuk mendapatkan suntikan dan selebihnya kita masih berusaha.

"Kita juga bergantung kepada pegawai-pegawai kita untuk menasihati masyarakat orang asli agar mereka mendaftar dan mendapat suntikan vaksin Covid-19 itu sendiri," katanya.