Lima negeri kekal dalam PKPB

 Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Lima negeri kekal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan bilangan kes jangkitan Covid-19 yang masih tinggi serta zon merah yang banyak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lima negeri terbabit adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Selain itu, katanya, status negeri Sabah bertukar daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada PKPB berikutan zon hijau semakin berkurang dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKPD.

"Sembilan negeri dan wilayah persekutuan dikekalkan status PKPP iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan," katanya dalam satu sidang media pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.

Menurutnya, langkah itu susulan kes jangkitan di negeri berkenaan yang semakin meningkat.

"Di atas penilaian risiko KKM, bagi negeri Kelantan, kesemua 10 jajahan atau daerah iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat, oleh itu terus kekal PKP," katanya.

Beliau berkata, pengekalan status PKP, PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei 2021 kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021.

Artikel Berkaitan: