Semak, imbang sebelum guna wang KWAN: Jimmy Puah

Jimmy Puah Wee Tse
Jimmy Puah Wee Tse
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sidang Parlimen perlu diadakan segera bagi memastikan wujudnya sistem semak dan imbang ke atas segala keputusan yang dibuat kerajaan.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pembukaan sidang Parlimen itu amat penting kepada wakil rakyat sebagai platform mendapatkan jawapan dan akauntabiliti daripada kerajaan.

"Tanpa satu sistem semak dan imbang yang sempurna, saya khuatir khazanah negara kepunyaan rakyat akan terancam.

"Antaranya dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sebanyak RM 5 bilion yang akan digunakan bagi membiayai program vaksinasi Covid-19.

"Walaupun saya sokong program vaksinasi Covid-19, namun kerajaan diharapkan dapat memberikan butir-butiran yang lebih jelas kegunaan RM5 bilion berkenaan," katanya pada Selasa.

Jimmy Puah menambah wang terbabit bukan satu angka yang kecil dan merupakan wang amanah yang dipegang oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: