Covid-19: Satu lagi sekolah diarah tutup di Negeri Sembilan

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 12 sekolah susulan penularan pandemik Covid-19.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai diarahkan tutup susulan terdapat kes positif Covid-19 seperti yang dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri tersebut pada Selasa.

Katanya, atas nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekolah tersebut diarah tutup selama dua hari sehingga Rabu ini.

"Pada Isnin, enam sekolah diarah tutup iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, SMK Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) KGV dan SK Desa Cempaka, SK Gemas dan SK Methodist ACS.

"Semua sekolah ini ditutup selama dua hari bermula 27 hingga 28 April, bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Tambahnya, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari lagi, berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan.

Sebelum ini, sebanyak lima sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup berikutan terdapat kes Covid-19 dalam kalangan murid dan guru sehingga tempoh 27 April ini.

Artikel Berkaitan:

Lima sekolah itu termasuk dua di daerah Seremban dan masing-masing satu di Batu Kikir, Jempol, Port Dickson, serta Kuala Pilah.

Setakat 25 April lalu seramai 32 murid termasuk guru disahkan positif manakala lebih 200 individu dipanggil untuk membuat saringan.