X

Kindly register in order to view this article
!

PKP Syawal diumum esok: Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob
A
A

LUMUT - Kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi esoklah," katanya ketika ditanya mengenai status PKP berkenaan termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Isnin.

Sebelum ini, enam negeri kekal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai 15 hingga 28 April ini melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Sementara itu, 10 negeri lagi kekal dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh yang sama dengan enam negeri PKPB, yang berakhir 28 April 2021.

Ismail Sabri dalam lawatannya sempat merasmikan kiosk petrol mini, Portable Cabin System, bagi memudahkan anggota tentera mendapatkan petrol dalam kem tanpa perlu keluar ke pekan Lumut dan idea ini akan diperluaskan ke kem di seluruh negara.

Beliau juga sempat melawat dua anggota tentera laut, Bintara Asrul Nizam Ahmad,36, dan Bintara Nor Zaharin Rosland, 39 yang diserang strok ketika bertugas sambil berharap kebajikan petugas terus dibela ketika dan selepas perkhidmatan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!