Covid-19: 2,776 kes baharu hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Terdapat 2,776 kes positif Covid-19 dan 13 kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 395,718.

"Daripada kes baharu itu, terdapat tiga kes import dan 2,773 merupakan penularan dalam negara yang membabitkan 2,383 warga tempatan serta 390 warga asing," katanya.

Menurutnya, kes aktif di seluruh negara adalah 24,713.

"Seramai 300 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi termasuk 133 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, KKM turut merekodkan 13 kes kematian membabitkan 12 warga tempatan dan seorang warga asing.

"Kes kematian Covid-19 adalah 1,449," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,803 kes sembuh dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 369,556 kes.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes iaitu 762.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 577 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang

aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Menurutnya, Sarawak melaporkan 615 kes, diikuti Kelantan (343), Johor (309) dan Kuala Lumpur (254), Pulau Pinang (123), Negeri Sembilan (112), Sabah (88), Perak (45), Kedah (39), Melaka (34) dan Pahang (34)

manakala Terengganu (sembilan), Putrajaya (tujuh) dan Labuan (dua).

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenalpasti KKM melibatkan masing-masing empat kluster tempat kerja dan komuniti, dua kluster pendidikan serta satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

"Kluster tempat kerja adalah Pondok Belaga (Sarawak), Kampung Batu Sembilan (Selangor), Tapak Bina Batu Kupang (Johor) dan Jalan Raja Bukit Pasir (Johor).

"Kluster komuniti pula adalah Jalan Sebauh- Bintulu (Sarawak), Jalan Arumugam Pillai (Pulau Pinang), Kota Syahbandar (Melaka) dan Jalan Kesidang (Melaka)," katanya.

Kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Sungai Senibong (Sarawak) manakala Kampung Pangkal Chuit (Kelantan) merupakan kluster pendidikan.

"Jalan Impian Emas 17 (Johor) merupakan kluster keagamaan dan Kampung Selamat (Pulau Pinang) adalah kluster pusat tahanan," katanya.

Jumlah keseluruhan kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara Mac tahun lalu adalah 1,603 dan 1,245 daripada telah diisytiharkan tamat manakala jumlah kluster aktif adalah 358 dengan 64 daripadanya merekodkan pertambahan kes baharu pada Isnin.