X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Gelaran 'Datuk Seri' Nicky ditarik balik

Nicky Liow Soon Hee
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Dua ahli perniagaan yang sebelum ini dikurniakan darjah kebesaran oleh Istana Pahang tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, mereka ialah Liow Soon Hee dan Liow Wei Loon.

Beliau berkata, Soon Hee dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala Wei Loon menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

"Penarikan darjah kebesaran terhadap kedua-dua mereka berkuatkuasa pada 21 April lalu," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Isnin.

Jelasnya, Darjah kebesaran itu perlu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Sebelum ini, Soon Hee yang lebih dikenali sebagai Nicky disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram masih dalam buruan polis.

Pada awal bulan ini seramai 14 ahli 'Geng Nicky' termasuk Wei Loon, adik kepada pengasas Winner Dynasty Group, Soon Hee, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN:PDRM mohon kerjasama Interpol buru Nicky Liow

ARTIKEL BERKAITAN:Nicky dipercayai masih ada di Malaysia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!