19 penduduk Palestin cedera

Kakitangan perubatan membantu mangsa cedera ketika protes di sempadan.
A
A

GENTING GAZA - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 19 penduduk Palestin cedera dalam kejadian pertempuran di sempadan Gaza-Israel, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al Qedra berkata, seorang mangsa turut cedera parah dalam insiden di utara Genting Gaza itu.

Awal pagi semalam, tentera Israel dilaporkan membedil di pos pemerhati milik Hamas berhampiran sempadan Tel Aviv kononnya sebagai serangan balas terhadap roket dilancarkan ke selatan wilayah tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Ketegangan di sempadan Genting Gaza dan Israel semakin meningkat sejak protes Great March of Return bermula pada Mac lalu. - Agensi