Hotel di Makkah terbakar

Bomba usaha memadamkan kebakaran dan gambar kanan api sedang marak. - Gulf Daily
Bomba usaha memadamkan kebakaran dan gambar kanan api sedang marak. - Gulf Daily
A
A
A

MAKKAH - ARAB SAUDI . Rakaman video dan gambar kebakaran di Makkah tersebar di media sosial hari ini.

Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan sebuah hotel bertingkat telah terbakar kira-kira 11.40 pagi, menurut laporan Gulf Daily.

Rakaman kebakaran yang meletus pada 11.40 pagi itu adalah sebahagian daripada projek Jabal Omar.

Bagaimanapun pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak ke bangunan lain.

Jurucakapnya, Major Nayef Al Sharif berkata, siasatan awal mendapati kebakaran kali pertama itu berpunca dari longgokan sampah sebelum merebak ke kawasan hotel.

Namun punca kejadian masih dalam saisatan. - Gulf Daily

Artikel Berkaitan: