Wanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar

Chloe Zhao - Foto AFP
Chloe Zhao - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang pembikin filem dari China, Chloe Zhao mencipta sejarah apabila menang anugerah kategori Pengarah Terbaik Anugerah Academy kali ke-93 atau juga dikenali sebagai Oscar melalui filem berjudul Nomadland pada Ahad.

Beliau yang berusia 39 tahun menjadi wanita kedua dalam sejarah Oscar memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik selepas Kathryn Bigelow yang mengondol kategori tersebut pada tahun 2010 melalui filem The Hurt Locker.

Dilahirkan dalam keluarga kaya China yang kaya, Zhao meninggalkan China semasa masih remaja untuk belajar di sebuah sekolah asrama sebelum menamatkan pendidikan di Los Angeles dan New York.

"Jadi, ini (anugerah tersebut) adalah untuk sesiapa yang mempunyai kepercayaan dan keberanian untuk memegang kebaikan dalam diri masing-masing," katanya pada anugerah itu yang diadakan ketika pandemik Covid-19 seperti dilaporkan oleh AFP.

Filem Nomadland dihasilkan berdasarkan buku bukan fiksyen hasil karya Jessica Bruder tentang penduduk Amerika yang tinggal di dalam van pada zaman Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat (AS).

Zhao sebelum ini pernah mengarah filem seperti Songs My Brothers Taught Me diterbitkan pada tahun 2015 dan menceritakan tentang seorang remaja yang tinggal di kawasan tanah rizab penduduk Indian Pine Ridge di Dakota Selatan, AS.

Filem itu memenangi beberapa anugerah pada festival filem antarabangsa dan beliau kemudian mengarah filem The Rider pada tahun 2017 dan diterbitkannya yang menceritkan tentang kehidupan seorang penunggang kuda liar di AS.

Ia juga memenangi Anugerah Sinema Seni Terbaik dalam Festival Filem Cannes di Perancis pada Mei 2017. - Agensi

Artikel Berkaitan: