Rempeyek Kak Cun

No Image Caption
A
A
A

Raja Fadilah Raja Deraman yang lebih dikenali sebagai "Kak Cun" (dua, kanan) memantau pekerjanya menggoreng rempeyek ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.

Beliau bersama suami Amir Ismail, merupakan pesara pegawai waran Tentera Udara Darat Malaysia (TUDM) mengusahakan perniagaan rempeyek itu sejak empat tahun lepas dengan bermodalkan RM600 dan tidak menyangka perniagaan rempeyek mereka mendapat sambutan mengalakkan sehingga tidak 'menang tangan'.

Produk yang dinamakan Rempeyek Kak Cun itu mempunyai lima jenis iaitu rempeyek kacang tanah dan ikan bilis, kacang dal, ikan bilis, kuaci serta kacang hijau berharga dari RM20 sehingga RM25 mengikut gram dan kini telah berada di pasaran sekitar Lembah Klang, Seremban dan Muar, Johor. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan