‘Kejadian tidak sepatutnya berlaku’

Aminuddin, Alimuddin Mohd Dom
Aminuddin, Alimuddin Mohd Dom
A
A
A

SHAH ALAM - Isu guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol perlu disiasat dengan teliti.

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, kejadian itu tidak diketahui sama ada ia benar-benar berlaku atau sebaliknya.

“Perkara tersebut perlu disiasat lebih mendalam sama ada benar atau tidak mengenai perkara yang didakwa itu.

“Kalau perkara itu tidak benar misalnya, akan menjadi satu isu besar yang lain pula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

'Anak saya terima ugutan rogol'

Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, sekiranya kejadian itu tidak benar, ia akan menjejaskan imej guru tersebut.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, jika kejadian berkenaan benar, akan ada tindakan atau peraturan lain seperti tindakan disiplin.

“Kalau perkara ini tidak betul, kita harap tidaklah dipanjangkan nanti dia melibatkan pula isu imej guru dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan terbabit.

Aminuddin berkata, pihaknya sedang mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu.

“Setakat ini saya tak boleh komen lagi,” katanya.