'Terkejut lihat mak, ayah terbaring dalam runtuhan'

Keadaan bahagian dapur rumah Azhar dan ibu bapanya selepas kejadian.
Keadaan bahagian dapur rumah Azhar dan ibu bapanya selepas kejadian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Buloh, di sini, mengalami patah bahu kanan manakala isterinya menerima enam jahitan di bahagian kaki.

Kedua-dua mangsa, Azizan Ibrahim dan isterinya, Rahimah Mohamad masing-masing berusia 73 tahun dimaklumkan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Menurut anaknya, Azhar Azizan, 47, kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata ketika hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam.

"Hujan lebat ini kemudiannya menyebabkan air melimpah di sebuah kawasan perumahan baharu di Taman Harmoni yang mana bersebelahan dengan rumah saya.

"Masa kejadian saya pergi ke luar rumah untuk melihat keadaan, manakala ibu dan ayah berada dalam rumah. Tiba-tiba tembok menahan tebing di sebelah rumah kami runtuh dan terus melanggar rumah kami," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Dua sekeluarga terperangkap

Azhar berkata, sejurus berlakunya kejadian itu dirinya terus menerpa masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan kedua ibu bapanya.

Selain bahagian dapur, rumah didiami keluarga ini turut mengalami kerosakan di bahagian bumbung.
Selain bahagian dapur, rumah didiami keluarga ini turut mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

"Masa berlaku kejadian, saya terus masuk, saya terkejut lihat kedua-dua mereka dah terbaring dalam sebuah bilik yang turut terkena runtuhan itu.

Artikel Berkaitan:

"Mereka kemudiannya menerima rawatan daripada pasukan penyelamat yang sampai sebelum di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, kedua-dua ibu bapanya akan tinggal di rumah adik beradiknya yang lain untuk menunggu keadaan selamat sepenuhnya.

"Saya seorang akan tinggal jaga rumah. Rumah sekarang boleh tahan teruk juga, dengan atap dan bahagian dapur musnah," katanya.

Terdahulu, kejadian tanah runtuh terbabit difahamkan berlaku kira-kira jam 5 petang semalam yang menyaksikan dua mangsa terperangkap seketika sebelum dibantu orang ramai.