Bersatu masuk Sabah, runding dulu kata PKR

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] PKR menasihatkan Bersatu membincangkan isu kemasukan ke Sabah dengan Warisan demi menjaga hubungan sesama parti.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cara rundingan itu amalan mereka dalam PH.

"Oleh kerana hubungan kita dengan Warisan itu baik, saya fikir apa pun keputusan harus berunding dan ada kesefahaman. Ini cara kita dalam parti begitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahathir sahkan Bersatu masuk Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu masuk Sabah: Shafie keluar kenyataan esok

"Walaupun Bersatu telah buat kenyataan tetapi saya fikir dirundingkan terus, jangan ada ketengangan antara parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Darul Ehsan 2019 di Universiti Selangor, hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan tetap memasuki Sabah meskipun keputusan itu kemungkinan tidak disenangi rakan sekutunya, Warisan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka membuat kenyataan berhubung perkara itu, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Shafie telah menegaskan Bersatu perlu terus berpegang kepada janji untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah seperti dipersetujui sebelum PRU14.