Patuhi SOP ketika bertadarus

Dr Mohd Hayati (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam Majlis Perasmian Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kedah di JKN di sini pada Ahad.
Dr Mohd Hayati (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam Majlis Perasmian Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kedah di JKN di sini pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Rakyat negeri Kedah diingatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika aktiviti tadarus bagi mengelakkan peningkatan kes melibatkan kluster keagamaan.

Exco Kesihatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, ketika ini daerah Kota Setar turut mencatatkan peningkatan kes melibatkan kluster terbabit selain beberapa kluster yang masih aktif.

Katanya, siasatan yang dijalankan terhadap kluster berkenaan didapati ia melibatkan kumpulan yang mengikuti tadarus.

"Ketika tadarus mereka tidak memakai pelitup muka dan duduk berdekatan.

"Kita sudah menetapkan SOP kepada mereka yang mahu bertadarus SOP. Aktiviti ini memerlukan jemaah memakai pelitup muka dan duduk dalam jarak 1 meter antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di sini pada Ahad.

Menurutnya, sekiranya kes semakin meningkat tidak mustahil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kedah (JHEAIK) akan mengeluarkan arahan tertentu untuk mengekang aktiviti keagamaan seperti yang berlaku pada tahun lalu.

"Kita sudah hadapinya pada tahun lepas, solat terawih hanya dibenarkan tiga orang sahaja. Jadi kita tidak mahu angka kluster ini semakin meningkat tahun ini,"katanya.

Pada minggu lalu, Kluster Bayan Cenderawasih menjadi kluster baharu yang dilaporkan di negeri Kedah pada 16 April lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia dikenalpasti hasil saringan pra pembedahan dan nama kluster merujuk kepada lokaliti membabitkan penularan di Jalan Bayan dan Jalan Cenderawasih, Alor Setar

Menerusi laporan harian Kes Covid-19 di laman sosial JKN Kedah pada Ahad, sebanyak 19 kes baharu dicatatkan menerusi kluster berkenaan daripada 76 kes di negeri Kedah.