Siasat segera dakwaan guru galak perbuatan rogol: GPMS

Tangkap layar video dirakam yang dimuat naik ke laman Tiktok.
Tangkap layar video dirakam yang dimuat naik ke laman Tiktok.
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat segera insiden seorang pelajar sekolah yang mendakwa gurunya telah menggalakkan perlakuan rogol.

Presiden GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor berkata, pihaknya sudah meneliti video berkenaan dan berpendapat bahawa dakwaan itu adalah serius dan perlu disiasat dengan segera.

“Ini bagi mengelakkan sebarang fitnah dan salah faham daripada terus berleluasa.

“Sekiranya terbukti dakwaan itu benar, GPMS meminta pihak KPM untuk mencari jalan terbaik agar perkara sebegini tidak lagi berlaku di masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Seorang pelajarnya berusia 17 tahun mendakwa, kejadian itu berlaku ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan seorang guru lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

'Senda jenayah rogol satu perkara serius'

KPM perlu siasat dakwaan guru galak perbuatan rogol: Wan Azizah


Artikel Berkaitan: