KPN perluas kempen daftar vaksin kepada komuniti KRT

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sepanjang Ramadan bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin Covid-19 rakyat Malaysia.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sepanjang Ramadan bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin Covid-19 rakyat Malaysia.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sepanjang Ramadan bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin Covid-19 rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Ahad, langkah tersebut selaras dengan keputusan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 pada 16 April lepas yang dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut KPN, seramai 113,261 ahli jawatankuasa (AJK) KRT telah berdaftar untuk menerima vaksin sehingga kini.

KPN berkata, ia turut bekerjasama dengan Badan Pengurusan Agama Selain Islam untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 dan menggalakkan mereka membuka kaunter pendaftaran di kawasan rumah ibadat masing-masing bagi membantu pendaftaran penganut mereka.

Dalam kenyataan berasingan, KPN melalui Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) telah meluluskan penyaluran peruntukan sebanyak RM12,107,795.94 bagi 121 program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2019/2020.

Menurut KPN, program tersebut adalah daripada baki peruntukan geran tahun 2019/2020 yang telah ditunda pelaksanaannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan pemansuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ekoran ancaman pandemik Covid-19.

Kementerian itu berkata, kesemua program tersebut telah berjaya dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP.

"Laporan berkala dan laporan akhir yang merupakan dokumen wajib yang ditetapkan bagi badan bukan kerajaan yang menerima peruntukan ini juga telah dilengkapkan,” kata KPN.

Artikel Berkaitan:

KPN berkata, Mitra sentiasa komited dalam memastikan pembangunan taraf sosioekonomi masyarakat India terjamin melalui pelbagai inisiatif yang selaras dengan hasrat kerajaan supaya tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan negara. - Bernama