X

Kindly register in order to view this article
!

PRU15: Pemuda Pas Selangor sasar tawan tujuh kerusi Parlimen

Hanafi (depan, dua dari kanan) selepas majlis penutup #Y4G yang berlangsung di Bangi pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor bersedia sepenuhnya untuk menawan tujuh kawasan Parlimen di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Kawasan sasaran itu membabitkan kerusi Parlimen Kapar, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Bangi.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, jentera barisan pemuda parti Islam itu juga telah mencapai persediaan melebihi 70 peratus dalam menghadapi PRU15 akan datang.

"Persiapan ini adalah lonjakan penting dalam memastikan kemenangan di kerusi Parlimen yang disasarkan itu menjadi realiti dan bukannya omong kosong sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hanafi berkata, Pemuda Pas turut berasa teruja dengan perancangan yang dilakukan jentera menerusi program #Youth4Green (#Y4G) di peringkat Parlimen yang dirancang sebelum ini.

Tambahnya, program yang dimulakan sejak dua bulan lalu di Kapar itu juga telah berakhir di Parlimen Bangi pada Sabtu.

"Pemuda Pas Selangor teruja dengan segala perancangan menerusi program digerakkan ini dalam memastikan kemenangan dalam PRU15 nanti," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!