Susilo tak sertai kempen Pilpres

Susilo
Susilo
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Pengerusi Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang kempen menjelang Pilihan Raya Presiden (Pilpres).

Menurutnya, beliau membuat keputusan untuk berada di sisi isterinya, Kristiani Herrawati atau lebih dikenali sebagai Ani Yudhoyono atau Ibu Ani yang disahkan menghidap leukemia dan kini dirawat di Singapura.

"Susilo tidak dapat menyertai kempen yang dijadualkan di Jawa Tengah dan Timur," kata bekas Menteri Industri, MS Hidayat selepas beliau melawat Ibu Ani, semalam.

Jelas Hidayat, Susilo telah menyerahkan tugas untuk berkempen atau segala aktiviti pilihan raya kepada anak sulungnya, Agus Harimurti Yudhoyono.

Rabu lalu, Susilo memaklumkan beliau akan terus menemani isterinya sehingga sembuh.

Parti Demokrat adalah sebahagian gabungan yang menyokong pencalonan Prabowo Subianto dan pasangan regunya, Sandiaga Uno. - Jakarta Post

Artikel Berkaitan: