X

Kindly register in order to view this article
!

PM berlepas pulang selepas hadiri mesyuarat khas pemimpin ASEAN

Muhyiddin ketika sidang media dengan wartawan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar hari ini. - Foto Bernama
A
A

JAKARTA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas pulang selepas menghadiri mesyuarat khas pemimpin ASEAN.

Perdana Menteri yang tiba jam 8 pagi tadi, berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta pada jam 7.10 malam ini (waktu Indonesia barat).

Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN yang diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta bagi membincangkan krisis di Myanmar mematuhi protokol kesihatan Covid-19 dan keselamatan yang ketat.

Penyertaan dalam mesyuarat itu juga dihadkan dan semua pemimpin serta delegasi mematuhi protokol kesihatan serta keselamatan ketat yang ditetapkan pemerintah Indonesia.

Pemerintah Indonesia juga menetapkan semua delegasi perlu melakukan ujian calitan sebelum berlepas ke Indonesia dan melakukannya sekali lagi selepas tiba di Jakarta.

Semua delegasi juga perlu mematuhi prosedur kuarantin selepas tiba di Malaysia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Myanmar: Ketua junta terima tiga usul Malaysia

Muhyiddin gesa Myanmar henti pembunuhan


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!