Tindakan tegas akan diambil: Hazani

Beberapa individu menyertai perhimpunan protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.
Beberapa individu menyertai perhimpunan protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk yang menyertai perhimpunan protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu termasuk kemungkinan semua yang ditahan akan dikenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

"Apa yang dilakukan kumpulan berkenaan jelas melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

"Kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori PKP," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, tindakan yang diambil itu berdasarkan Ordinan Darurat yang dilaksanakan dan ia untuk keselamatan orang ramai.

Kampung Muhibbah adalah salah satu lokaliti yang dikuatkuasakan PKP dan menyebabkan semua penduduk di kampung berkenaan tidak dibenarkan keluar sehingga menjejaskan sumber pendapatan orang ramai.

Penguatkuasaan PKP itu yang sepatutnya tamat pada Jumaat bagaimanapun dilanjutkan sehingga 8 Mei depan ekoran keadaan peningkatan kes yang signifikan.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu menyebabkan beberapa individu bertindak menganjurkan perhimpunan aman pada Sabtu bagi menunjukkan protes kepada keputusan yang dibuat pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, susulan daripada perhimpunan itu, seramai enam individu ditahan kerana didapati melanggar SOP.