Sumbat 850kg minyak masak dalam kereta

Minyak masak dalam kotak yang disumbat dalam sebuah kereta jenis Proton Aeroback dipercayai untuk diseludup ke Thailand.
Minyak masak dalam kotak yang disumbat dalam sebuah kereta jenis Proton Aeroback dipercayai untuk diseludup ke Thailand.
A
A
A

TUMPAT - Percubaan seorang lelaki dipercayai penagih dadah menyeludup 850 kilogram (kg) minyak masak menggunakan sebuah kereta gagal apabila ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 di Pengkalan Kubor, di sini, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada jam 1.16 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota PGA Batalion 8 menahan sebuah kereta jenis Iswara Aeroback berwarna hitam di kawasan Kampung Nibong bagi tujuan pemeriksaan.

Rampasan minyak masak oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 di Pengkalan Kubor, Tumpat, pada Sabtu.
Rampasan minyak masak oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 di Pengkalan Kubor, Tumpat, pada Sabtu.

“Bagaimanapun mereka menemui kotak berwarna coklat berisi minyak masak dianggarkan bernilai RM2,550 dipercayai untuk diseludup ke negara Thailand,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kereta bernilai RM4,000 turut dirampas mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Kesemua barang dibawa ke Balai Simpangan untuk tindakan laporan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Artikel Berkaitan: