Maritim gerakan PHC, KM Amanah cari mangsa bot terbalik

Maritim Kelantan mula menggerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot terbalik di perairan Kuala Besar.
Maritim Kelantan mula menggerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot terbalik di perairan Kuala Besar.
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menggerakkan pasukan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) dan Kapal Maritim (KM) Amanah bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot terbalik di perairan Kuala Besar, di sini.

Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitahu, kekuatan keseluruhan anggota diturunkan adalah seramai 24 orang bagi melakukan pencarian kali ini.

"Kita menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada jam 7.12 pagi tadi berkenaan tiga mangsa yang hilang selepas bot fiber yang dinaiki mereka dipercayai karam di perairan Kuala Besar, 8.30 malam semalam akibat ribut.

"MRSC Kuantan seterusnya mengaktifkan Carilamat pada jam 7.15 pagi menerusi maklumat yang diperolehi daripada Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 tersebut," katanya.

Menurutnya, sektor pencarian kali ini melibatkan keluasan 25 batu nautika persegi dengan menumpukan 'last known position' (LKP) di mana bot berkenaan terbalik.

Katanya, antara agensi lain yang turut sama di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dengan kekuatan 13 anggota.

"Laporan berkenaan kemalangan bot fiber tersebut hanya dimaklumkan kepada agensi Carilamat awal pagi tadi walaupun kejadian tersebut berlaku semalam.

"Orang awam diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070 atau MRSC Kuantan di talian 09-571 7345,"katanya.

Artikel Berkaitan: