Polis cari saksi kes langgar lari

No Image Caption
A
A
A

LUMUT - Polis meminta orang awam yang melihat kejadian langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga asing di kawasan kelapa sawit di Jalan Sungai Tiram di sini pada 1 April lalu tampil bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian sekitar jam 7.50 pagi itu, mangsa dipercayai warga Indonesia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa ditemukan terbaring tepi jalan dan tertutup dengan plastik putih.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala disyaki langgar lari.

"Setakat ini, tiada saksi bebas yang ternampak kejadian itu malah, identiti mangsa tidak dapat dikesan setelah cap jari dihantar ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Polis meminta saksi kejadian atau waris mangsa tampil untuk bantu siasatan dan urusan pengebumian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fahrulrazhi Zakaria di talian 012-4433441 atau 05-6899072.

Artikel Berkaitan: